Posts

HOMESTAY CIKGU KHAIRIL

Image
  Kawasan di hadapan Homestay Cikgu Khairil yang sangat luas dan bersih. Homestay Cikgu Khairil menyediakan 4 bilik tidur dan juga 3 bilik air. Bilik tidur juga dilengkapkan dengan pendingin udara ataupun dipanggil sebagai 'aircond' untuk setiap bilik. Bilik yang pertama di panggil sebagai 'Master bedroom' kerana keluasan yang sangat lapang manakala untuk ketiga bilik lagi memiliki keluasan yang agak kecil berbanding 'Master Bedroom' tetapi masih selesa untuk didiami.  Di bahagian dapur, terdapat pelbagai peralatan yang boleh digunakan untuk memasak sepanjang keberadaan anda di Homestay Cikgu Khairil.  Apabila anda masuk ke ruang tamu ataupun dipanggil sebagai 'living room', anda akan melihat ruang yang sangat lapang dan cantik serta disediakan sofa dan juga television untuk hiburan semasa menginap di Homestay Cikgu Khairil. Dilengkapi juga dengan dua buah kipas dan juga lampu di ruang tamu, serta beberapa buah majalah untuk di baca ketika bosan dan jemu...